Monday, August 27, 2007

Sharing Knowledge is Power

Salam and good day to all,
Welcome to our blog. We decided to create it to facilitate knowledge sharing and posting of announcements. There is only so much for me to share and it is my hope that this will eventually be a good knowledge sharing platform or reference point for all.
As a muslim, we believe in "sedekah" (to give). I believe in the old paradigm which was “knowledge is power”. However, today it needs to be explicitly understood that “sharing knowledge is power”. Knowledge is one asset which we should always share. Knowledge is a perishable. Knowledge is increasingly short-lived. If you do not make use of your knowledge then it rapidly loses its value.
A friend of mine sent me this which I would like to share:
Seringkali dari sudut pandangan ini... harta dinilai dari aspek apa yang boleh dimiliki dan dilihat. Maka, kita berbangga apabila memiliki harta yang banyak. Wang, rumah, tanah, aset, kereta mewah, bangunan besar dan lain-lain. Manusia mana yang tidak tersenyum dengan timbunan harta... Tetapi, satu hari kelak... akan dimiliki orang lain juga nanti. Pun begitu, lebih baik meninggalkan kepada generasi anda harta yang bermanfaat agar mereka tidak meminta-minta. Ini pesan Rasulullah.

Namun, tidak ramai yang mengerti bahawa ilmu juga harta. Ia jauh lebih berharga dari harta fizikal. Ambillah sebanyak mana yang anda mahukan. Timbalah sebesar mana yang anda inginkan. Namun, harus diingat... ilmu yang 'dimiliki' boleh menjadi penyakit bila disimpan. Apabila tidak disampaikan, ia bertukar menjadi ujub, bangga diri, merasai diri hebat kerana ilmu yang tinggi... Lupa bahawa ilmu yang ada datang adalah dariNya dan dimiliki olehNya. Jika tidak diamalkan, tiadalah manafaat apa-apa buat diri.. malah, akan ditanya mengapa tidak diguna dan diamalkan.

Maka, tapislah ilmu apa yang bakal masuk ketelinga dan dada. Ilmu atau pengetahuan yang tidak membantu untuk perkembangan diri, eloklah tinggalkan ia. Dikala orang lain membicarakan ilmu dunia artis, TV, kereta, wayang, muzik, pelakon dan apa-apa yang tidak membantu untuk usaha memperbaguskan diri, belajarlah untuk jauhinya. Dekatilah majlis ilmu, kuliah agama, sessi pembelajaran, perbincangan yang mencetus minda dsb. Kutiplah ilmu sebanyak-banyaknya. Ia adalah harta yang sungguh bernilai. Usah sekali-kali anda katakan.. "saya dah tahu itu dan ini".

Walaupun ada sedikit, sampaikan ia, walaupun satu ayat. Lagi banyak anda himpun ilmu didalam diri... maka perbanyakkanlah memberitahu pada orang lain biarpun ada yang tidak mahu mendengar. Ilmu yang 'keluar' dari mulut akan melekat dihati & fikiran, mencorakkan kematangan, memperindahkan tindakan dan membimbing diri menuju kecemerlangan. Ia proses yang berterusan. Kerana, matlamat anda adalah untuk pulang kepadaNya dalam keadaan diri yang terbina dan baik. Ilmu yang 'keluar' akan menjadi bekalan buat diri, menjadi amal jariah susulan amalan oleh orang lain dan menjadi teman dalam bentuk cahaya yang terang.

Usah berbangga dengan ilmu yang ada, kerana ilmu yang anda 'miliki' adalah milik Allah hakikatnya. Sentiasalah hormati orang lain dan dengar ilmu apa yang mereka ingin sampaikan. Barangkali orang tersebut lebih tinggi ilmu dan kefahamannya dari anda... walaupun orang itu lebih muda ataupun mempunyai pegangan agama berbeza. Anda yang menilainya berdasarkan ilmu yang anda ada. Jika tidak pasti, carilah ilmu lagi. Ia menjadi kewajiban apabila tidak mengetahui. Untuk orang yang mahu berjaya... belajar dan amalkan apa yang dipelajari sedikit demi sedikit. Insya Allah, moga dipermudahkan dan diletakkan diri kita sebagai orang-orang yang sentiasa memperbaiki diri untuk mencari keredhaanNya.
Ameen.